JellyPages.com

16 April 2014

10 Foto Teknologi Dan Inovasi

1. Pen Al-Quran dan Tasbih Elektronik
 
Antara keistimewaan pen Al-Quran elektronik audio adalah pertamanya mengandungi 30 surah dalam al-Quran bacaan Sheikh Sudais iaitu salah seorang imam di Makkah, mempunyai fungsi main dan berhenti (play and stop), mempunyai fungsi ulangan (repeat), fungsi pen berkualiti untuk penulisan, earphone yang boleh mengawal volume suara serta mudah dibawa ke mana-mana.



2. Papan Kekunci Virtual Laser

Papan kekunci jenis virtual laser ini berfungsi melalui cahaya laser yang dipancarkan di atas mana-mana permukaan yang rata membentuk papan kekunci. Peranti ini mudah untuk dibawa ke mana-mana memandangkan saiznya yang kecil. Ia juga mempunyai fungsi yang sama seperti papan kekunci biasa yang selalu kita gunakan.



3. Alat Pengering Kasut

Alat pengering kasut ini dinamakan sebagai Windry-Wind Driven Boot Dryer, dicipta oleh John Lee. Alat ini menggunakan kesan Venturi untuk menggalakkan pergerakan udara dalam ruangan jari kaki. Alat ini terbukti berkesan dalam mengeringkan kasut melalui udara halus sama ada menggunakan kipas sejuk atau kipas pemanas elektrik. Rekaan ini dibuat menggunakan plastik HDPE dan 100% boleh dikitar semula.



4. Gunting Laser

Gunting ini mampu membantu kita untuk menggunting bahan dengan lurus berdasarkan cahaya laser yang dipancarkan. Kita tidak perlu untuk menggaris bahan yang ingin digunting sebaliknya hanya dengan berpandukan cahaya laser yang lurus. Bahan yang boleh digunting termasuklah kertas, kraftangan dan fabrik. Alat ini juga menggunakan bateri LR44 untuk berfungsi serta mempunyai butang on dan off untuk penggunaan.



5. Alat Pengukur Tekanan Darah

Alat pengukur tekanan darah ini adalah rekaan dari negara Jerman. Antara keistimewaan alat ini adalah setiap ukuran tekanan darah memberi bacaan yang tepat, dengan hanya menggunakan dua bateri saiz AAA serta harga yang berpatutan. Rekaan ini juga mempunyai ukuran saiz cuff untuk lilitan pergelangan tangan pengguna di antara 13.5 cm hingga 19.5 cm. Ia juga mempunyai catatan tarikh dan masa serta didatangkan khas bersama kotak penyimpanan yang praktikal.



6. Tungku elektrik

Tungku elektrik ini dicipta sebagai bantal kesihatan untuk para pengguna. Bahan fabrik bantal ini diperbuat daripada bahan anti kuman dan bakteria. Ia tidak berbau serta diisi dengan cecair ubat di dalamnya. Keistimewaan bantal tungku ini adalah dapat mengurangkan risiko arthritis, sakit mata, servikal vertebra, sakit kepala, sakit gigi, kepanasan badan, dan boleh mengelakkan sakit bahu, otot, tulang belakang dan lain-lain. Ia juga sesuai digunakan oleh kaum wanita yang baru bersalin. Bantal ini hanya perlu dicas selama 5-8 minit dan boleh digunakan selama 2-3 jam.




7. Surat Khabar Moden

Surat khabar moden versi elektronik ini dicipta bagi memudahkan pengguna membaca surat khabar tanpa perlu merujuk kepada helaian kertas yang boleh menyulitkan proses pembacaan. Surat khabar biasa yang diperbuat daripada helaian kertas bukan sahaja susah untuk dibaca, malah jika disimpan lama ia akan menyebabkan pengumpulan sampah yang tidak berguna. Oleh itu dengan penciptaan surat khabar elektronik yang dipanggil e-Roll ini, ia bakal memudahkan pembaca dengan konsep screen rollable di mana ia boleh dibuka jika ingin dibaca dan ditutup semula untuk tujuan di bawa ke mana-mana. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai surat khabar, malah pembaca juga boleh membaca majalah, jurnal dan lain-lain lagi.



8. Ubat Penghalau Nyamuk

Mint Mosquito Repellent adalah sejenis bahan yang dicipta untuk menghalau nyamuk. Fungsinya sama seperti ubat nyamuk yang selalu digunakan seperti Shieldtox Attack, Ridsect dan sebagainya, namun ubat penghalau nyamuk jenis Mint ini lebih selamat untuk digunakan. Antara kelebihannya adalah pengguna tidak perlu bersusah payah untuk menyalakan ubat nyamuk, dengan nyalaan berwarna hijau sahaja telah membuktikan bahawa ia sedang berfungsi.



9. Jam Cincin

Teknologi jenis ini telah direka oleh Gusztav Szikszai yang menggabungkan konsep jam dan cincin dalam satu alat yang sama. Ia diperbuat daripada jenis keluli tahan karat serta menggunakan teknologi Qi iaitu teknologi yang memberi kuasa untuk mengecas tanpa wayar. Ia mudah untuk dibawa ke mana-mana memandangkan ia hanya perlu disarung sebagai cincin sahaja. Tambahan pula, cincin ini mempunyai keupayaan untuk menyala dalam gelap dengan nyalaan lampu di nombor cincin di mana memudahkan pengguna untuk melihat waktu di tempat yang gelap.



10. Coolhouse tap

Paip air khas ini dicipta dengan tujuan untuk mengetahui jumlah air yang digunakan dalam sehari-hari. Rekaan ini kemudiannya mampu untuk melatih pengguna untuk berjimat cermat dalam menggunakan air serta mengurangkan pembaziran. Ia berfungsi seperti sebuah komputer yang menyimpan data penggunaan air setiap hari. Segala data penggunaan air juga dipaparkan di skrin LCD di kepala paip. Ia juga menggunakan sinar inframerah untuk menghentikan titisan air dengan cekap dan efisien.


No comments:

Post a Comment