Untuk entri kali ini, saya akan menunjukkan tutorial bahan bantu mengajar BBM bagi bidang saya (Kimia) iaitu Periodic Wheel.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
- Card Board
- Kertas A4 Berwarna
- Gunting
- Gam
- Pen Marker
- Pensil
- Pemadam
Lukiskan satu bulatan besar di atas card board dan gunting mengikut garisan bulatan tersebut.
Langkah 2
Seterusnya, lukiskan pula bulatan kecil di dalam bulatan besar tersebut. Pastikan bulatan kecil ini dilukis di tengah bulatan besar.
Langkah 3
Buat garis lurus di sekeliling bulatan seperti dalam gambar supaya ia menjadi seperti roda basikal.
Langkah 4
Seterusnya, sediakan beberapa keping kertas A4 pelbagai warna beserta gunting.
Langkah 5
Lukiskan di atas kertas warna tersebut bentuk segitiga seperti di dalam roda bulatan dan guntingkan dengan kemas.
Langkah 6
Seterusnya, susun kesemua segitiga supaya memenuhi roda.
Langkah 7
Seterusnya, bahagikan segitiga kepada 3 bahagian dan tampal mengikut susunan berbentuk roda.
Langkah 7
Setelah siap menampal kesemua segitiga, mulakan menulis elemen-elemen yang ada dalam jadual berkala. Boleh rujuk pada gambar di Google atau mana-mana buku rujukan Kimia. Dalam segmen pertama di tengah, tuliskan nama penuh elemen, seterusnya segmen kedua tuliskan simbol elemen dan segmen paling besar tuliskan berat molekular setiap elemen.
Gambar di bawah menunjukkan roda yang telah siap dituliskan nama elemen, simbol elemen serta berat molekular elemen pada setiap segmen.
Langkah 8
Langkah terakhir adalah hiaskan roda berkala anda menggunakan simbol warna bagi kumpulan elemen yang berlainan.
Contohnya :-
Biru cair - Elemen bukan logam
Kuning - Elemen gas nobel
Hijau cair - Elemen logam alkali
Ungu - Elemen logam alkali bumi
Putih - Elemen semilogam
Oren - Elemen halogen
Merah jambu - Elemen logam peralihan
Kuning cair - Elemen logam asas
Periodic Wheel yang dah disiapkan :) |
Dengan adanya Periodic Wheel, pelajar boleh mengetahui nama penuh setiap elemen, simbol bagi setiap elemen serta berat molekular bagi setiap elemen.
Selamat mencuba!
Bahan bantu mengajar yang dikenali sebagai periodic wheel ini adalah sangat menarik. Ia dapat memudahkan para pelajar dalam proses menghafal elemen yang terdapat di dalam jadual berkala (periodic table) kerana sifat fizikalnya yang berwarna-warni.
ReplyDelete