18 May 2014
Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Periodic Wheel
Assalamualaikum w.b.t
Untuk entri kali ini, saya akan menunjukkan tutorial bahan bantu mengajar BBM bagi bidang saya (Kimia) iaitu Periodic Wheel.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
Lukiskan satu bulatan besar di atas card board dan gunting mengikut garisan bulatan tersebut.
Langkah 2
Seterusnya, lukiskan pula bulatan kecil di dalam bulatan besar tersebut. Pastikan bulatan kecil ini dilukis di tengah bulatan besar.
Langkah 3
Buat garis lurus di sekeliling bulatan seperti dalam gambar supaya ia menjadi seperti roda basikal.
Langkah 4
Seterusnya, sediakan beberapa keping kertas A4 pelbagai warna beserta gunting.
Langkah 5
Lukiskan di atas kertas warna tersebut bentuk segitiga seperti di dalam roda bulatan dan guntingkan dengan kemas.
Langkah 6
Seterusnya, susun kesemua segitiga supaya memenuhi roda.
Langkah 7
Seterusnya, bahagikan segitiga kepada 3 bahagian dan tampal mengikut susunan berbentuk roda.
Langkah 7
Setelah siap menampal kesemua segitiga, mulakan menulis elemen-elemen yang ada dalam jadual berkala. Boleh rujuk pada gambar di Google atau mana-mana buku rujukan Kimia. Dalam segmen pertama di tengah, tuliskan nama penuh elemen, seterusnya segmen kedua tuliskan simbol elemen dan segmen paling besar tuliskan berat molekular setiap elemen.
Gambar di bawah menunjukkan roda yang telah siap dituliskan nama elemen, simbol elemen serta berat molekular elemen pada setiap segmen.
Langkah 8
Langkah terakhir adalah hiaskan roda berkala anda menggunakan simbol warna bagi kumpulan elemen yang berlainan.
Contohnya :-
Biru cair - Elemen bukan logam
Kuning - Elemen gas nobel
Hijau cair - Elemen logam alkali
Ungu - Elemen logam alkali bumi
Putih - Elemen semilogam
Oren - Elemen halogen
Merah jambu - Elemen logam peralihan
Kuning cair - Elemen logam asas
Periodic Wheel ini merupakan salah satu inisiatif yang boleh dilakukan sebagai bahan bantu mengajar kerana warna yang digunakan adalah menarik dan memudahkan pelajar untuk mengingati elemen elemen yang terdapat dalam jadual berkala. Kebiasaannya pelajar akan merujuk pada jadual berkala yang tidak berwarna dan tidak menarik, menyebabkan mereka merasa bosan dan tidak berminat untuk menghafal elemen elemen ini.
Dengan adanya Periodic Wheel, pelajar boleh mengetahui nama penuh setiap elemen, simbol bagi setiap elemen serta berat molekular bagi setiap elemen.
Selamat mencuba!
Untuk entri kali ini, saya akan menunjukkan tutorial bahan bantu mengajar BBM bagi bidang saya (Kimia) iaitu Periodic Wheel.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
- Card Board
- Kertas A4 Berwarna
- Gunting
- Gam
- Pen Marker
- Pensil
- Pemadam
Lukiskan satu bulatan besar di atas card board dan gunting mengikut garisan bulatan tersebut.
Langkah 2
Seterusnya, lukiskan pula bulatan kecil di dalam bulatan besar tersebut. Pastikan bulatan kecil ini dilukis di tengah bulatan besar.
Langkah 3
Buat garis lurus di sekeliling bulatan seperti dalam gambar supaya ia menjadi seperti roda basikal.
Langkah 4
Seterusnya, sediakan beberapa keping kertas A4 pelbagai warna beserta gunting.
Langkah 5
Lukiskan di atas kertas warna tersebut bentuk segitiga seperti di dalam roda bulatan dan guntingkan dengan kemas.
Langkah 6
Seterusnya, susun kesemua segitiga supaya memenuhi roda.
Langkah 7
Seterusnya, bahagikan segitiga kepada 3 bahagian dan tampal mengikut susunan berbentuk roda.
Langkah 7
Setelah siap menampal kesemua segitiga, mulakan menulis elemen-elemen yang ada dalam jadual berkala. Boleh rujuk pada gambar di Google atau mana-mana buku rujukan Kimia. Dalam segmen pertama di tengah, tuliskan nama penuh elemen, seterusnya segmen kedua tuliskan simbol elemen dan segmen paling besar tuliskan berat molekular setiap elemen.
Gambar di bawah menunjukkan roda yang telah siap dituliskan nama elemen, simbol elemen serta berat molekular elemen pada setiap segmen.
Langkah 8
Langkah terakhir adalah hiaskan roda berkala anda menggunakan simbol warna bagi kumpulan elemen yang berlainan.
Contohnya :-
Biru cair - Elemen bukan logam
Kuning - Elemen gas nobel
Hijau cair - Elemen logam alkali
Ungu - Elemen logam alkali bumi
Putih - Elemen semilogam
Oren - Elemen halogen
Merah jambu - Elemen logam peralihan
Kuning cair - Elemen logam asas
Periodic Wheel yang dah disiapkan :) |
Dengan adanya Periodic Wheel, pelajar boleh mengetahui nama penuh setiap elemen, simbol bagi setiap elemen serta berat molekular bagi setiap elemen.
Selamat mencuba!
6 May 2014
Isu Teknologi : Jenayah Siber
PENGENALAN
Jenayah siber adalah kegiatan jenayah yang dilakukan dengan menggunakan komputer dan Internet. Ini termasuk kegiatan memuat turun fail muzik secara haram dan kegiatan mencuri berjuta-juta ringgit dari akaun bank secara dalam talian. Jenayah siber bukan sahaja kesalahan yang melibatkan wang ringgit, tetapi aktiviti lain seperti mencipta dan mengedarkan virus pada komputer lain atau menyiarkan maklumat sulit perniagaan di Internet.
Jenayah siber yang paling terkenal adalah kecurian identiti, di mana penjenayah menggunakan Internet untuk mencuri maklumat peribadi daripada pengguna lain. Dua cara yang paling biasa ini dilakukan adalah melalui phishing dan pharming . Kedua-dua kaedah ini menarik pengguna ke laman web palsu (yang muncul seperti laman web sah) , di mana mereka akan diminta untuk memasukkan maklumat peribadi. Ini termasuk maklumat login, seperti nama pengguna dan kata laluan, nombor telefon, alamat, nombor kad kredit, nombor akaun bank, dan lain-lain yang membenarkan penjenayah menggunakannya untuk “mencuri” identiti orang lain. Oleh sebab itu, tindakan yang bijak adalah sentiasa menyemak URL atau alamat laman web untuk memastikan ia adalah sah sebelum memasukkan maklumat peribadi anda.
Jenayah siber meliputi satu skop aktiviti jenayah yang luas, contoh-contoh di atas merupakan hanya beberapa daripada beribu-ribu kes jenayah yang dianggap jenayah siber. Meskipun komputer dan Internet telah membuat kehidupan kita lebih mudah dalam pelbagai urusan, namun terdapat juga individu yang menggunakan teknologi ini untuk mengambil kesempatan daripada orang lain. Oleh itu, tindakan yang bijak adalah melindungi diri sendiri dengan menggunakan antivirus dan perisian spyware serta berhati-hati ketika memasukkan maklumat peribadi anda.
JENIS-JENIS JENAYAH SIBER
1) Hacking
2) Distributed Denial Of Service attack – DDOS
3) Virus dissemination
4) Software piracy
5) Pornography
6) IRC crime
7) Credit card fraud
8) Phishing and pharming
9) Spoofing
10) Cyber stalking and cyber defamation
11) Threatening
12) Salami attack
13) Net extortion
14) Malicious Software
LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGHINDAR JENAYAH SIBER

- Menggunakan perisian antivirus dan sentiasa mengemas kini perisian tersebut.
- Tidak menerima jemputan dalam media sosial (seperti permintaan rakan di Facebook atau permintaan sambungan LinkedIn) daripada orang yang anda tidak kenali.
- Mempunyai lebih daripada satu akaun emel. Ini kerana penggodam yang telah memecah kata laluan emel utama anda mempunyai kunci rahsia anda di alam maya. Kata laluan dari laman web lain yang anda daftar masuk boleh ditetapkan semula melalui akaun emel utama anda. Penjenayah boleh melawat melalui emel anda dan mencari data dan maklumat peribadi: dari perbankan sehingga butiran pasport, termasuk tarikh lahir anda. Teknik yang terbaik ialah menggunakan satu akaun emel yang berasingan bagi setiap bank dan akaun kewangan. Selain itu, satu akaun emel untuk membeli-belah dan satu yang lain untuk rangkaian sosial. Jika satu akaun emel digodam, anda masih lagi dapat menyelamatkan maklumat akaun yang lain.
- Kadangkala pop-up mengandungi perisian berniat jahat yang boleh menipu pengguna ke dalam mengesahkan sesuatu. “[Tetapi jika anda lakukan], muat turun akan dilakukan di latar belakang tanpa anda sedari. Ia akan memasang perisian malware. Ini dikenali sebagai muat turun drive-by. Langkah terbaik adalah dengan mengabaikan pop-up yang menawarkan perkara-perkara seperti kajian tapak di laman e-dagang, kerana kadangkala mereka memasukkan sesuatu malcode pada pop-up tersebut.
- Sebelum memasukan butiran kad kredit anda, pastikan bahawa simbol mangga yang dikunci atau simbol utama terputus ditunjukkan dalam pelayar anda. Selain itu, permulaan alamat hendaklah berubah dari “http” kepada “https” untuk menunjukkan penyambungan yang selamat. Berhati-hati terhadap laman web yang menukar kembali ke http apabila anda telah log masuk ke dalam web tersebut.
- Peraturan penting: penggodam menjangkitkan komputer dengan malware dan menarik pengguna untuk klik pada pautan atau membuka lampiran. Media sosial telah membantu penjenayah untuk meniru profil seseorang individu. Mereka boleh melihat apa yang anda minat atau apa yang anda kirim serta menghantar mesej halus, menjemput anda klik pada sesuatu pautan. Jangan klik pada pautan tersebut.
- Anda digalakkan mencipta kata laluan (password) yang berbeza bagi setiap laman web dan perbankkan atas talian.
- Sentiasa melihat pautan URL pada emel yang anda terima. Pastikan URL yang disertakan adalah URL yang asli. Alamat emel yang digunakan untuk menghantar emel juga adalah alamat emel rasmi seperti postmaster@moe.gov.my. Sekiranya emel yang digunakan adalah emel percuma seperti gmail, yahoo, MSN dan sebagainya, anda hendaklah mengabaikan emel tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)